Tautan Ukhwah Jalinan Kasih : Hi-Tea Dhuyufurrahman KUATAGH
Dhuyufurrahman KUATAGH : Kerana ukhuwah yang terjalin, bukan sekadar dikenang…tetapi terus dipelihara dan diwariskan.

Lihat video di Instagram
Pada 31 Oktober 2026 telah berlangsung Program Tautan Ukhwah Jalinan Kasih : Hi-Tea Dhuyufurrahman KUATAGH, yang julung kalinya dianjurkan sebagai wadah untuk menghimpunkan warga KUATAGH yang pernah menjadi tetamu Allah SWT.
Dengan okjektif untuk memperkukuh dan mengekalkan ukhuwah Islamiah serta silaturahim dalam kalangan alumni Haji KUATAGH Dhuyufurrahman merentasi tahun selain daripada menyediakan platform untuk pertemuan, perkongsian pengalaman dan jalinan persahabatan dalam suasana santai, mesra dan penuh kekeluargaan. Selain daripada itu, program turut bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan tradisi pertemuan warga KUATAGH sebagai usaha memelihara hubungan yang terjalin sepanjang berada di Tanah Suci.
Kehadiran para Haji dan Hajah warga KUATAGH begitu meriah dan cukup bermakna, lebih-lebih lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman K78 serta YBrs. Ustaz Zawawi yang turut menyerikan majlis.
Program yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Azlan K78 bersama barisan jawatankuasa ini berjaya menghimpunkan lebih 50 orang warga KUATAGH yang pernah menunaikan ibadah haji.
Majlis turut diserikan dengan tausiah oleh Ustaz Zawawi bertajuk “Menyusuri Hikmah Dhuyufurrahman”, yang sarat dengan pengajaran, perkongsian pengalaman dan hikmah perjalanan menjadi tetamu Allah. Semoga segala perkongsian yang disampaikan terus memberi manfaat dan mengukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga KUATAGH.
Insya-Allah, semoga Tautan Ukhwah, Jalinan Kasih ini menjadi sebuah program tahunan KUATAGH yang terus berkembang dan semakin meriah dari tahun ke tahun.
Kerana ukhuwah yang terjalin, bukan sekadar dikenang…tetapi terus dipelihara dan diwariskan.
#𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙜𝙝 #𝙠𝙤𝙤𝙡𝙠𝙪𝙖𝙩𝙖𝙜𝙝 #𝙖𝙣𝙨𝙖𝙧𝙖𝙠𝙪𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 #𝙢𝙧𝙨𝙢𝙠𝙪𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 #𝙙𝙞𝙥𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠𝙢𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣
Enjoyed this article? Share it with your batch.



